Sabtu, 16 Julai 2011

PASARAN

Sehingga akhir tahun 2009, terdapat hampir 70 000 buah rumah burung layang-layang di seluruh Negara dengan kadar purata pertumbuhan sebanyak 35% setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas. Jumlah nilai pengambilan sarang burung diseluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 billion sehingga RM12 billion. Hong Kong merupakan pembeli sarang burung terbesar iaitu 50% manakala China 8% ,Taiwan 4% dan Macau 3% dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006. Akan tetapi permintaan ini tidak termasuk negara-negara Eropah dan Arab disebabkan pembekalan yang tidak mencukupi. Harga sarang burung putih yang belum diproses dijual pada harga RM4500 hingga RM6000 sekilogram pada 2006. Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong. Malaysia kini merupakan pengeluar sarang burung dengan nilai pembekalan kasar sebanyak 7% selepas Indonesia 60% dan Thailand 20%.



UTARA 
ARKIB : 29/10/2009 .Marzuki pengusaha sarang burung walet 


sEBAHAGIAN daripada 100 sarang burung walet yang diusahakan Marzuki Che Embi di Bandar Perda, Pulau Pinang. 
BUKIT MERTAJAM 28 Okt. – Pelbagai cara digunakan oleh penduduk di kawasan luar bandar untuk menambah pendapatan mereka termasuk membina rumah burung layang-layang jenis walet. Salah seorang pengusaha burung walet yang terletak di Bandar Perda di sini ialah Marzuki Che Embi, 43, yang mula berkecimpung dalam projek tersebut lima bulan lalu. Beliau yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini berkata, pulangan lumayan daripada perniagaan itu seperti yang diperoleh pengusaha lain mendorongnya untuk mula berjinak-jinak membina rumah burung walet untuk mendapatkan sarangnya yang bernilai tinggi. Katanya, kedudukan Malaysia kini yang merupakan antara pengeluar sarang burung itu dengan nilai pembekalan kasar sebanyak tujuh peratus selepas Indonesia (60 peratus) dan Thailand (20 peratus) menarik minatnya untuk menceburi bidang itu. ‘‘Saya akui memang bukan mudah untuk menjalankan perniagaan seumpama ini namun jika seseorang itu betul-betul minat semuanya tidak sukar dilaksanakan. ‘‘Lebih menarik, usaha yang dilakukan sekarang diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut memperkenalkan syarat-syarat menternak burung walet kepada kami,” katanya. Tambahnya, bagi menjayakan projek seumpama itu ia memerlukan modal yang besar tetapi ramai pengusaha berjaya melaksanakannya setelah menerima khidmat nasihat dari pihak-pihak terbabit. Mengulas lanjut beliau berkata, pada masa ini masyarakat terutama golongan bumiputera di negara ini belum mengetahui secara mendalam potensi industri berkenaan yang kini dipelopori kaum lain. Marzuki menjelaskan, beliau yang pada mulanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan kini boleh berbangga kerana mampu membeli sebuah rumah kedai yang sekarang menampung hampir 100 sarang burung. ‘‘Pendapatan dari perniagaan ini begitu lumayan sekali dan potensinya juga amat cerah terutama dengan usaha untuk menjadikannya sebagai produk pelancongan di masa akan datang. ‘‘Selain itu, usaha seumpama ini juga boleh menjadikan seseorang terkenal sebagai usahawan burung walet yang sebenarnya begitu banyak sekali terdapat di Semenanjung Malaysia,” ujarnya. Beliau memberitahu, harga sarang burung putih belum diproses yang kaya dengan kalsium, zat besi, potassium dan magnesium boleh dijual pada harga RM3,500 hingga RM6,000 sekilogram. Menurutnya, terdapat pelbagai jenis burung layang-layang yang kerap berterbangan di kawasan perumahan itu termasuk seriti yang gemar hinggap di talian elektrik tetapi jenis dicari oleh pengusaha adalah jenis walet. ‘‘Tidak dinafikan ternakan ini juga seperti yang lain iaitu turut berdepan dengan pelbagai ancaman serta gangguan antaranya seperti burung helang, burung hantu dan juga biawak. ‘‘Bagaimanapun, itu semua boleh diatasi termasuk memastikan kawasan ternakan sentiasa dipasang muzik malah dengan cara itu juga saya jarang menjenguk ke sana,” katanya yang bercadang memperluaskan perusahaannya itu ke bandar ini tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan