Isnin, 9 April 2012

Q & A (>_<)

Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)?Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah â€˜eccholation’dan membuat sarang menggunakan air liurnya.

Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang?Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha.

Berapakah pulangan pelaburan yang  boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya?Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet  berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.

Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan pembiakan burung walet?Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak.

Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak beroperasi?Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi – 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB – 0.1578dB atau frekuensi 1khz – 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.

Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku?Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.
Saya memiliki sebuah rumah kedai 20’ x 70’ x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada rumah burung walet.  Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut.

Sarang rumah vs sarang gua.. apakah perbezaan antara keduanya?Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah.

Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walet?Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi.

Adakah pihak AVM bercadang untuk menternak burung walet?Kaedah menternak  akan dilaksanakan apabila perlu, kalau dilihatkan kaedah penternakan yang dijalankan di Negara Indonesia adalah kerana bangunan rumah walet terbabit sudah mencapai tahap kepadatan hasil yang terlalu padat sehingga menyebabkan sarang baru sukar dibuat semula. Mereka mengeluarkan telur dan terpaksa mengutip sarang , daripada telur dibuang begitu sahaja  telur yang dikutip ditetas secara ternakan.

Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah burung walet saya?Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna merah?Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah.

Siapa dan apakah pemangsa utama burung walet?Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung hantu, biawak dll tetapi  manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama.
Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu, kelembapan dan pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk membuat sarang?Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10’x10’) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.

Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walet samada menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’?Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’ kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.

Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil?Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya.

Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll adalah pada tahap maksima.

Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung  cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.

Apakah kelebihan menyertai projek usahasama yang dianjurkan oleh AVM?Kalau dilihatkan hari ini, telah mencecah 70 000 bangunan burung walet telah didirikan dinegara kita akan tetapi penglibatan bumiputera sekadar 5% sahaja berikutan permasalahan modal yang tinggi, tiada kepakaran dan lokasi binaan. Oleh yang sedemikian peluang usahasama sebegini dapatlah memberi ruang kepada sesiapa yang ingin berkecimpung dalam industri walet melalui pendekatan kecil-kecilan disampig dapat mendalami ilmu penternakan walet.

Apa berlaku sekiranya burung tidak mahu masuk dan mendiami rumah burung? Bolehkah wang pembelian PPP tersebut diambil semula?Sebelum mendirikan rumah burung, satu kajian (feasibility study) perlu dilakukan terlebih dahulu iaitu membuat bancian terhadap populasi burung, arah laluan, sumber makanan, arah matahari dan angin serta faktor-faktor lain. Pihak syarikat akan memastikan risiko ini dapat dikecilkan seminima mungkin namun sedemikian peserta haruslah faham dan menerima bahawa penglibatan dalam perniagaan sentiasa ada risikonya, konsep yang dijalankan adalah perkongsian hasil maka sekiranya ada hasil maka ianya dikongsi dan sekira tidak berhasil ianya juga dikongsi.

Bagaimana caranya untuk saya menyertai projek usahasama?Syarat penyertaan ialah peserta mestilah syarikat yang berdaftar dan pihak AVM akan menggabungkan dengan peserta-peserta dari syarikat lain.

Saya berminat untuk mengikuti kursus tentang industri sarang burung layang-layang (walet) dari pihak AVM. Bilakah kursus tersebut akan dijalankan?Pihak syarikat ada menyediakan kursus kepada agen tentang industri sarang burung layang-layang di samping memberi taklimat atas anjuran atau jemputan individu/kumpulan dan segala maklumat boleh didapati melalui laman web www.aeroventure.com.my dari masa ke semasa.

Apakah yang berlaku selepas 30 tahun dan adakah hasil peserta boleh diwarisi?Peserta atau waris perlu menandatangani satu perjanjian baru 2 bulan sebelum tamat tempoh 30 tahun tersebut di mana nama dan maklumat pewaris perlu dinyatakan pada borang permohonan sebagai waris kepada hasil rumah burung yang dimiliki sekiranya berlaku kematian kepada peserta.
Apakah akan terjadi sekiranya tamat tempoh perjanjian?
Mengikut terma dalam surat perjanjian dalam masa 60 hari sebelum tamat tempoh peserta atau pewaris peserta ( sekiranya peserta sudah meninggal ) perlu hadir dipejabat untuk menyambung semula perjanjian dengan hanya perlu membayar kos perjanjian dan kos pengurusan sahaja tanpa perlu membeli unit PPP semula dan seterusnya layak menikmati potensi hasil untuk pusingan berikutnya . 

Adakah sarang burung walet ini halal dimakan?
Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.

Sabtu, 16 Julai 2011

PENGENALAN

Burung Walet
Industri Sarang Burung Layang-Layang hari ini telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain dari bidang-bidang perniagaan yang lain. 

Pada tahun 2004, industri sarang burung layang-layang di Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan 
dan Kerajaan Tempatan sebagai penyumbang kepada tukaran mata wang asing bagi Negara ini. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mewujudkan satu Garis Panduan Penternak Burung Layang-Layang untuk semua pihak berkuasa tempatan di peringkat daerah, majlis tempatan dan majlis bandar raya di seluruh negara. 

Sebagai tambahan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga mempunyai garis panduan untuk pembiakkan burung 
layang-layang. Sarang burung dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potassium, dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan. Industri burung layang-layang di Malaysia telah menyaksikan lantunan serta lonjakan pertumbuhan dalam tempoh lima tahun ini. 

Akan tetapi ianya amat berkurangan di kalangan usahawan bumiputra kerana itulah industri ini disifatkan sebagai industri yang dirahsiakan, ianya telah lama dimonopoli oleh usahawan bukan bumiputra yang melihat potensi kekayaan yang wujud dari bidang ini, mereka sanggup mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk dilaburkan. Kebanyakkan rumah-rumah burung dibina di bandar- bandar kecil di mana sumber makanan yang banyak pada tahap pencemaran yang masih rendah. 

SOKONGAN

Kerajaan negeri Perak misalnya, menawarkan 10 kawasan berpotensi untuk dibangunkan industri ini, manakala negeri Johor mencadangkan sebuah taman eko burung layang-layang di Endau dan Desaru. Kerajaan Negeri Sembilan juga menunjukkan minat yang sama untuk membina sebuah taman bagi tujuan tersebut. Bank Pertanian Malaysia atau kini dikenali sebagai AgroBank menawarkan pembiayaan sehingga 85% berikutan industri sarang burung kini menjadi sebahagian daripada industri berasaskan tani. Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula telah mengiktiraf enam buah syarikat industri sarang burung layang-layang bagi menjalankan usahasama perniagaan di bawah program pemadanan perniagaan. 

PASARAN

Sehingga akhir tahun 2009, terdapat hampir 70 000 buah rumah burung layang-layang di seluruh Negara dengan kadar purata pertumbuhan sebanyak 35% setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas. Jumlah nilai pengambilan sarang burung diseluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 billion sehingga RM12 billion. Hong Kong merupakan pembeli sarang burung terbesar iaitu 50% manakala China 8% ,Taiwan 4% dan Macau 3% dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006. Akan tetapi permintaan ini tidak termasuk negara-negara Eropah dan Arab disebabkan pembekalan yang tidak mencukupi. Harga sarang burung putih yang belum diproses dijual pada harga RM4500 hingga RM6000 sekilogram pada 2006. Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong. Malaysia kini merupakan pengeluar sarang burung dengan nilai pembekalan kasar sebanyak 7% selepas Indonesia 60% dan Thailand 20%.



UTARA 
ARKIB : 29/10/2009 .Marzuki pengusaha sarang burung walet 


sEBAHAGIAN daripada 100 sarang burung walet yang diusahakan Marzuki Che Embi di Bandar Perda, Pulau Pinang. 
BUKIT MERTAJAM 28 Okt. – Pelbagai cara digunakan oleh penduduk di kawasan luar bandar untuk menambah pendapatan mereka termasuk membina rumah burung layang-layang jenis walet. Salah seorang pengusaha burung walet yang terletak di Bandar Perda di sini ialah Marzuki Che Embi, 43, yang mula berkecimpung dalam projek tersebut lima bulan lalu. Beliau yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini berkata, pulangan lumayan daripada perniagaan itu seperti yang diperoleh pengusaha lain mendorongnya untuk mula berjinak-jinak membina rumah burung walet untuk mendapatkan sarangnya yang bernilai tinggi. Katanya, kedudukan Malaysia kini yang merupakan antara pengeluar sarang burung itu dengan nilai pembekalan kasar sebanyak tujuh peratus selepas Indonesia (60 peratus) dan Thailand (20 peratus) menarik minatnya untuk menceburi bidang itu. ‘‘Saya akui memang bukan mudah untuk menjalankan perniagaan seumpama ini namun jika seseorang itu betul-betul minat semuanya tidak sukar dilaksanakan. ‘‘Lebih menarik, usaha yang dilakukan sekarang diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut memperkenalkan syarat-syarat menternak burung walet kepada kami,” katanya. Tambahnya, bagi menjayakan projek seumpama itu ia memerlukan modal yang besar tetapi ramai pengusaha berjaya melaksanakannya setelah menerima khidmat nasihat dari pihak-pihak terbabit. Mengulas lanjut beliau berkata, pada masa ini masyarakat terutama golongan bumiputera di negara ini belum mengetahui secara mendalam potensi industri berkenaan yang kini dipelopori kaum lain. Marzuki menjelaskan, beliau yang pada mulanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan kini boleh berbangga kerana mampu membeli sebuah rumah kedai yang sekarang menampung hampir 100 sarang burung. ‘‘Pendapatan dari perniagaan ini begitu lumayan sekali dan potensinya juga amat cerah terutama dengan usaha untuk menjadikannya sebagai produk pelancongan di masa akan datang. ‘‘Selain itu, usaha seumpama ini juga boleh menjadikan seseorang terkenal sebagai usahawan burung walet yang sebenarnya begitu banyak sekali terdapat di Semenanjung Malaysia,” ujarnya. Beliau memberitahu, harga sarang burung putih belum diproses yang kaya dengan kalsium, zat besi, potassium dan magnesium boleh dijual pada harga RM3,500 hingga RM6,000 sekilogram. Menurutnya, terdapat pelbagai jenis burung layang-layang yang kerap berterbangan di kawasan perumahan itu termasuk seriti yang gemar hinggap di talian elektrik tetapi jenis dicari oleh pengusaha adalah jenis walet. ‘‘Tidak dinafikan ternakan ini juga seperti yang lain iaitu turut berdepan dengan pelbagai ancaman serta gangguan antaranya seperti burung helang, burung hantu dan juga biawak. ‘‘Bagaimanapun, itu semua boleh diatasi termasuk memastikan kawasan ternakan sentiasa dipasang muzik malah dengan cara itu juga saya jarang menjenguk ke sana,” katanya yang bercadang memperluaskan perusahaannya itu ke bandar ini tidak lama lagi.